"Saya punya lagi 'besar' dan berfungsi!"- Trump tempelak Kim Jong Un

Agensi
Januari 3, 2018 11:01 MYT
Kenyataan Presiden Korea Utara itu nyata membuatkan Trump naik angin. - Gambar Fail REUTERS/Kevin Lamarque
"Butang nuklear milik saya lebih besar dan lebih baik daripada butang nuklear kamu!"
Itulah mesej dari Presiden Donald Trump kepada Korea Utara Kim Jong Un pada Selasa.
Trump menulis tweet sebagai balasan kepada pengisytiharan Kim pada awal minggu ini bahawa dia mempunyai butang untuk senjata nuklear di atas meja dan seluruh tanah besar AS dan begitu hampir dengan jarinya.

North Korean Leader Kim Jong Un just stated that the uclear Button is on his desk at all times.Will someone from his depleted and food starved regime please inform him that I too have a Nuclear Button, but it is a much bigger & more powerful one than his, and my Button works!

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) January 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Amerika jangan main-main, jari saya sentiasa dekat dengan butang nuklear - Kim Jong Un
Ternyata kenyataan Kim itu sangat memberi kesan kepada Presiden Amerika Syarikat itu sehingga terpanggil untuk membalasnya.
Dalam entri itu juga Trump bertanya sama apakah ada seseorang dari rejim kekurangan makanan dan lemah seperti Kim boleh memaklumkan kepadanya bahawa dia juga mempunyai butang nuklear.
Apa yang penting kata Trump butang nuklear miliknya masih berfungsi!
#Amerika Syarikat #Democratic People's Republic of Korea #Donald Trump #food #Kim Jong Un #Korea #Korea Selatan #Korea Utara #presiden #Tweet #UN #Workers' Party of Korea
;