Saya ingat mereka cari Pokemon rupanya pesta seks di taman - Saksi
Sinar Harian
Ogos 16, 2018 20:00 MYT
Ogos 16, 2018 20:00 MYT
Polis diarah berkawal di seluruh taman awam sekitar Bangkok selepas menerima aduan mengenai sekumpulan pelancong asing melakukan pesta seks di Lumpini Park yang menjadi mercu tanda bandaraya itu pada 7 Ogos lalu, menurut Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA).
Langkah itu diambil selepas tweet dimuatnaik oleh @jiji_winkieboy tular di media sosial.
Pemuda itu dalam tweetnya mendakwa, telah menyaksikan perbuatan tidak bermoral tersebut di satu kawasan terpencil yang dikhaskan untuk aktiviti berjoging.
"Saya ingat mereka sedang mencari Pokemon," menurut tweet tersebut yang merujuk permainan Pokemon Go.
Susulan itu, Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang menawarkan 100,000 Bhat (RM12,328) kepada pemilik Twitter tersebut jika beliau mampu membuktikan dakwaannya.
Dalam pada itu, seorang pengawal keselamatan mengesahkan dakwaan pemuda berkenaan, dimana beliau bertindak memarahi dan mengusir kumpulan pelancong asing terbabit tanpa sebarang kejadian tidak diigini berlaku.
Difahamkan, terdapat 37 taman di bawah pemantauan BMA yang dibuka kepada orang awam dari 4 pagi hingga 9 malam. - Bangkok Post