Saya individu paling kerap 'dipersenda' di seluruh dunia - Meghan Markle
Astro Awani
Oktober 11, 2020 09:55 MYT
Oktober 11, 2020 09:55 MYT
DUCHESS of Sussex Meghan Markle mendedahkan beliau merupakan individu paling kerap 'dipersenda' di seluruh dunia tahun.
Isteri Putera Harry itu mengungkap pengalaman pahitnya menjadi mangsa penyalahgunaan internet sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia semalam.
"Lebih kurang lapan bulan, walaupun saya tidak kelihatan dan cuti bersalin tapi apa yang muncul dalam talian tidak dapat digambarkan hingga tidak terfikir bagaimana rasanya," kata Meghan.
Lebih mengejutkan apabila beliau mengakui kesihatan mentalnya terjejas ketika berdepan dengan situasi yang cukup menyeksakan itu.
"Saya tidak peduli sama ada kamu 15 tahun atau 25 tahun, jika orang bercakap benda yang tidak betul mengenai diri kamu, secara tidak langsung kesihatan mental dan emosi kamu terjejas," katanya.
Dalam masa sama, kata Meghan, situasi itu menjadi isu kepada banyak pihak ketika sekatan COVID-19.
"Jika kamu tidak berada di sekolah sudah tentu kamu akan banyak menggunakan peranti berteknologi dan menghabiskan masa dalam talian.
"Kita semua tahu apabila perasaan disakiti, kita juga tahu bagaimana rasa terpencil," tambah beliau.