Saya didakwa berhubung dokumen sulit - Trump

Bernama
Jun 9, 2023 08:54 MYT
TRUMP: Pentadbiran Biden yang korup telah memaklumkan kepada peguam saya bahawa saya telah didakwa atas Boxes Hoax. -AP
WASHINGTON: Bekas presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau didakwa berhubung pengendalian dokumen sulit, kata calon Pemilihan Presiden AS 2024 itu di platform Truth Social, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Pentadbiran Biden yang korup telah memaklumkan kepada peguam saya bahawa saya telah didakwa atas Boxes Hoax," kata Trump dalam catatan itu, sambil menambah dia sepatutnya hadir di mahkamah Miami pada Rabu.
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) pada Ogos menggeledah ladang Mar-a-Lago Trump di Palm Beach, Florida dan merampas beberapa dokumen keselamatan negara yang sangat sulit.
-- BERNAMA
#Donald Trump #dokumen sulit #TRUTH Social #Boxes Hoax