Saya akan beri wajah baharu Cuba - Miguel Diaz-Canel
Agensi
Mac 11, 2018 06:13 MYT
Mac 11, 2018 06:13 MYT
Kerajaan baharu Cuba bakal menjadi kerajaan rakyat. Itu janji bakal presiden baharu negara komunis itu Miguel Diaz-Canel.
Naib Presiden Cuba berusia 57 tahun itu dalam kenyataannya kepada media di Santa Clara memaklumkan akan cuba memberi wajah baharu dalam revolusi politik Cuba.
“Rakyat akan terlibat dalam keputusan yang akan kerajaan buat,” kata pemimpin berusia 57 tahun itu.
Menyentuh mengenai ketegangan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) Diaz-Canel secara sinis berterima kasih kepada Donald Trump kerana menghina dan memalukan Cuba.
Diaz-Canel, pemimpin kanan Parti Komunis Cuba dinamakan sebagai pengganti Raul Castro sebagai pemimpin negara Amerika Latin itu 19 April depan.