Saudi salur bantuan Ramadan bernilai AS$493 juta
Agensi
Mei 11, 2020 10:02 MYT
Mei 11, 2020 10:02 MYT
Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud pada Isnin mengarahkan supaya pakej bantuan ‘Ramadan Aid’ bernilai 1.85 bilion riyal (bersamaan dengan AS$492.6 juta atau RM2 bilion) disalurkan kepada penerima manfaat keselamatan sosial.
Menurut laporan rasmi kerajaan itu, ketua keluarga bakal terima 1,000 riyal (RM1,153) manakala ahli keluarga lain layak terima 500 riyal (RM576) setiap seorang.
Arab Saudi turut menyalurkan bantuan makanan kepada golongan memerlukan di beberapa negara jiran ketika umat Islam menyambut Ramadan dalam krisis pandemik COVID-19.
Negara itu sehingga kini merekodkan 39,048 kes positif COVID-19 serta 246 kematian akibat wabak itu.