Saudi National Development Fund biayai projek solar terbesar Arab Saudi
Bernama
Ogos 21, 2023 10:22 MYT
Ogos 21, 2023 10:22 MYT
RIYADH: Saudi National Development Fund pada Ahad mengumumkan pembiayaan sejumlah 1.7 bilion riyal Saudi (kira-kira AS$427 juta) untuk projek solar terbesar di negara itu.
Projek solar Al-Shuaibah 2.6 gigawatt dengan nilai pelaburan 8.3 bilion riyal itu dibangunkan secara usaha sama dengan syarikat minyak negara Aramco, Water and Electricity Holding Company (Badeel) dan ACWA Power, pemaju dan pengendali penjanaan tenaga terkemuka Arab Saudi, lapor Xinhua.
Projek itu yang dijangka beroperasi pada 2025, mampu menyediakan tenaga elektrik hijau kepada lebih 450,000 isi rumah. - BERNAMA