Saudara tiri Obama bakal bertanding di Kenya
Astro Awani
Mac 1, 2013 16:51 MYT
Mac 1, 2013 16:51 MYT
Saudara tiri Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama bertanding pada pilihan raya umum Kenya.
Malik Obama mempertaruh nasib bagi merebut kerusi gabenor daerah Siaya.
Berusia 54 tahun, Malik bertanding buat pertama kali sebagai calon bebas.
Dalam kempen yang diadakan, beliau berjanji akan memberi fokus kepada usaha membasmi kemiskinan, pembangunan infrastruktur dan perindustrian.
"Apabila saya melihat kejayaan adik saya di Amerika, saya rasa saya akan mengabaikan rakyat saya jika saya tidak mengikuti jejak langkah beliau dan menamatkan penderitaan mereka melalui kepimpinan yang berdedikasi, jujur dan fokus," Malik memberitahu AFP di rumah nenek moyang-nya di Kogelo, Kenya Barat.
Pada pemilihan enam tahun lalu, rakyat Kenya menyaksikan pertumpahan darah akibat permusuhan antara puak yang menyebabkan lebih 1000 maut manakala 600 000 lagi terpaksa bergelandangan sebagai pelarian.