GENEVA: Nisbah seorang daripada tiga wanita di seluruh dunia didapati berdepan keganasan fizikal atau seksual dalam kehidupan mereka.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan kajian itu sebagai sesuatu yang membimbangkan.
Serentak itu, Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menggesa kerajaan dan komuniti setempat memberikan perhatian terhadap perkara berkenaan.
Laporan yang didedahkan pada Selasa itu adalah berdasarkan kaji selidik yang dilakukan WHO membabitkan sejumlah besar wanita di seluruh dunia.
Laporan tersebut turut menyebut, satu per empat wanita muda yang menjalin hubungan didapati pernah mengalami keganasan oleh pasangan mereka sebelum mencecah usia 20-an.
Kaji selidik yang dilakukan sekitar 2018 hingga 2019 itu tidak mengambil kira tempoh pandemik COVID-19.
Ia juga mendapati peningkatan keganasan domestik terhadap wanita susulan perintah sekatan di kebanyakan negara.
"Laporan tersebut mengandungi data daripada 158 negara mengenai keganasan fizikal atau seksual dialami wanita dan perempuan berusia 15 tahun ke atas.
"Hasil kaji selidik ini memberi gambaran yang membimbangkan. Dianggarkan 736 juta wanita, hampir satu per tiga wanita di seluruh dunia pernah menghadapi keganasan daripada pasangan, bukan pasangan atau kedua-duanya sekali seumur hidup," katanya.
Justeru itu, Dr Tedros menggesa agar kerajaan, individu dan komuniti untuk membantu membangkitkan masalah ini.
ia termasuk gesaan perubahan undang-undang, memperkukuhkan ekonomi wanita dan hak kesamarataan buat wanita.
Astro Awani
Tue Mar 09 2021
![Satu per tiga wanita seluruh dunia pernah mengalami keganasan domestik - WHO Satu per tiga wanita seluruh dunia pernah mengalami keganasan domestik - WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/71594636831_domesticviolence.jpg)
736 juta wanita di seluruh dunia didapati pernah mengalami keganasan domestik sekali seumur hidup mereka. - Gambar hiasan
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![WHO sambut baik pemindahan perubatan pertama sejak penutupan Rafah WHO sambut baik pemindahan perubatan pertama sejak penutupan Rafah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719589808_tbRafah.jpg)
WHO sambut baik pemindahan perubatan pertama sejak penutupan Rafah
Lebih 10,000 orang perlu dipindahkan dan menerima rawatan perubatan di luar Gaza.
![WHO beri amaran ubat diabetes palsu, banyak diguna untuk kurus badan WHO beri amaran ubat diabetes palsu, banyak diguna untuk kurus badan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718952214_ubat.jpg)
WHO beri amaran ubat diabetes palsu, banyak diguna untuk kurus badan
Ubat diabetes palsu telah diedarkan di seluruh dunia sejak 2022, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran dalam satu kenyataan pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Negara anggota WHO lanjutkan perbincangan perjanjian pandemik setahun lagi Negara anggota WHO lanjutkan perbincangan perjanjian pandemik setahun lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712754854_FBREAKWHOx.jpg)
Negara anggota WHO lanjutkan perbincangan perjanjian pandemik setahun lagi
INB akan meneruskan mandatnya untuk menyampaikan perjanjian itu menjelang Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada 2025, atau lebih awal.
![Promosi berleluasa, tanpa kawalan antara faktor pengaruhi remaja jadi perokok kekal - KKM Promosi berleluasa, tanpa kawalan antara faktor pengaruhi remaja jadi perokok kekal - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713878093_vaperokok.jpg)
Promosi berleluasa, tanpa kawalan antara faktor pengaruhi remaja jadi perokok kekal - KKM
Di bawah Akta 852, KKM akan memperketatkan larangan penjualan, pembelian dan penggunaan semua jenis produk merokok kepada orang belum dewasa (OBD) yang berumur kurang 18 tahun.
![Menteri Palestin mahu AS desak Israel buka lintasan Rafah Menteri Palestin mahu AS desak Israel buka lintasan Rafah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717033376_MajedAbuRamadan.jpg)
Menteri Palestin mahu AS desak Israel buka lintasan Rafah
Majed Abu Ramadan berkata tidak ada petunjuk bahawa pihak berkuasa Israel akan berbuat perkara berkenaan dalam masa terdekat.
![Sistem kesihatan Gaza lumpuh, Israel dikecam teruk dalam mesyuarat tahunan WHO Sistem kesihatan Gaza lumpuh, Israel dikecam teruk dalam mesyuarat tahunan WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61717022743_tbIsraeldenounced.jpg)
Sistem kesihatan Gaza lumpuh, Israel dikecam teruk dalam mesyuarat tahunan WHO
Beberapa negara anggota turut menyalahkan Israel atas risiko kebuluran yang semakin meningkat di Gaza.
![GPW14 instrumen penting bentuk masa depan ekosistem kesihatan sejagat GPW14 instrumen penting bentuk masa depan ekosistem kesihatan sejagat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709090405_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
GPW14 instrumen penting bentuk masa depan ekosistem kesihatan sejagat
Malaysia optimis kerjasama dengan WHO melalui GPW14 akan membentuk masa depan kesihatan global.
![WHO gesa Israel tarik balik sekatan bantuan ke Gaza WHO gesa Israel tarik balik sekatan bantuan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716336451_Palestinians.jpg)
WHO gesa Israel tarik balik sekatan bantuan ke Gaza
Saluran utama untuk bantuan perubatan ke enklaf dari Mesir telah terputus.
![Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715246236_Rafah.jpg)
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
![WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003 WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715850101_genericvaksin.jpg)
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.