Satu-satunya hospital beroperasi di utara Gaza ditutup akibat kekurangan bahan api

Bernama
Februari 29, 2024 15:39 MYT
Hospital Kamal Adwan, satu-satunya hospital yang beroperasi di utara Semenanjung Gaza, terpaksa menghentikan operasi pada Rabu akibat kekurangan bahan api. -Gambar fail/Reuters
GAZA: Satu-satunya hospital yang beroperasi di utara Semenanjung Gaza terpaksa menghentikan operasi pada Rabu akibat kekurangan bahan api.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan di Gaza berkata Hospital Kamal Adwan terpaksa ditutup, lapor Agensi Anadolu.
Penutupan itu menyebabkan penduduk di wilayah berkenaan tidak dapat menerima perkhidmatan dialisis, rawatan intensif, penjagaan pediatrik, perubatan dalaman, penjagaan kardiologi, pembedahan am serta perkhidmatan kecemasan 24 jam dan pediatrik.
Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas membunuh hampir 30,000 penduduk Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.
-- BERNAMA
#hospital ditutup #Gaza #Hospital Kamal Adwan #Palestin
;