Satu lagi varian baharu COVID-19 dikesan di UK
Astro Awani
Februari 16, 2021 06:34 MYT
Februari 16, 2021 06:34 MYT
LONDON: Saintis dilapor menemui satu lagi varian COVID-19 baharu di United Kingdom yang berpotensi untuk bermutasi.
Strain baharu B.1.525 mengandungi perubahan genetik yang dikenali sebagai E484K, yang juga terdapat dalam varian Brazil dan Afrika Selatan, lapor BBC.
Strain E484K dapat melepasi pertahanan manusia, menjadikannya lebih cekap untuk menghindari kekebalan semula jadi dan juga yang dihasilkan oleh vaksin.
Kesihatan Awam England (PHE) memaklumkan tiada bukti mutasi pada varian baharu itu menjadikan virus ini lebih mudah menular atau menyebabkan penyakit yang teruk.
Difahamkan B.1.525 diklasifikasi sebagai varian yang sedang disiasat (VUI) dan hingga Selasa, 38 kes telah dikenal pasti di UK.
Varian ini juga telah dikesan di negara-negara lain, termasuk Australia, Denmark, Nigeria, Kanada dan AS.
Kajian makmal menunjukkan virus dengan mutasi E484K dapat melepasi pertahanan manusia, menjadikannya lebih cekap menghindari kekebalan semula jadi dan yang dicetuskan vaksin.
#COVID-19
#varian baharu
#United Kingdom
#strain baharu
#B 1 525
#varian Brazil
#varian Afrika Selatan
#PHE
#E484K