Satu lagi siklon tropika dijangka badai China

Astro Awani
September 5, 2023 06:40 MYT
Orang ramai berjalan kaki di Beijing, China ketika hujan lebat melanda negara itu. - Foto REUTERS
BEIJING: Satu lagi siklon tropika dijangka melanda atau memberi kesan besar ke atas China pada akhir September.
Ia diramal membawa bersama angin ribut dan hujan lebat ke wilayah selatan dan tenggara negara itu.
Timbalan Pengarah Pusat Iklim Negara Jia Xiaolong berkata, pihak berkuasa tempatan harus mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan kesan ke atas kehidupan orang ramai.
Awal bulan ini, China dilanda Taufan Saola dan Taufan Haikui.
China juga dijangka menyaksikan taburan hujan yang tidak sekata pada September, dengan bahagian Heilongjiang dan Xinjiang dijangka menerima 20 hingga 50 peratus lebih tinggi daripada purata.
Sebahagian daripada Hebei, Shanxi, Henan, Shandong, Jiangsu, Anhui, Hubei dan Shaanxi dijangka mengalami hujan lebat pada bulan ini.
Sementara itu, beberapa bahagian termasuk Beijing, Tianjin, Hebei, Shanxi, dan Inner Mongolia akan menyaksikan suhu lebih tinggi berbanding tahun lalu.
#siklon tropika #hujan lebat #angin ribut #langkah berjaga-jaga
;