SAR hari ke-52, Jepun tarik diri
Astro Awani
April 29, 2014 08:28 MYT
April 29, 2014 08:28 MYT
Jepun menarik diri dari operasi mencari dan menjejak MH370 di Selatan Lautan Hindi.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Pertahanannya, Itsunori Onodera dalam satu pertemuan yang diadakan bersama rakan sejawatan di Australia, David Johnston.
Penarikan diri Jepun itu menyusul selepas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mengumumkan, SAR memasuki fasa baru dengan memperhebat kawasan pencarian di dasar laut.
“Kami akan mengeluarkan arahan untuk menamatkan misi hari ini (Isnin). Amat mendukacitakan, pesawat itu masih belum ditemui. Tetapi bagi Jepun, saya amat berbesar hati dapat menyokong operasi mencari dan menjejak ini,” kata Itsunori.
Pesawat P-3 Orion Jepun berlepas buat kali terakhir menyertai operasi SAR pada Isnin, bagi mencari kemungkinan serpihan MH370 di Selatan Lautan Hindi.