Sandiaga Uno positif COVID-19
Agensi
Disember 7, 2020 20:40 MYT
Disember 7, 2020 20:40 MYT
JAKARTA: Tokoh politik ternama Indonesia, Sandiaga Uno merupakan antara individu berprofil tinggi di negara seberang itu yang disahkan positif COVID-19 .
Calon Naib Presiden Indonesia pada Pemilihan Umum 2019 (Pemilu 2019) itu memperoleh keputusan tersebut selepas melakukan swab test pada Isnin.
Beliau membuat keputusan untuk menjalani ujian berkenaan selepas isterinya, Nur Asia Uno disahkan positif pandemik berkenaan.
Menurut Sandiaga, beliau bagaimanapun, berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang gejala iaitu sama seperti isterinya sebelum ini.
Beliau dalam masa sama bersyukur kerana ujian swab test ke atas anak lelakinya, Sulaiman serta penghuni lain di kediamannya didapati negatif.
"Saya bersama isteri akan melakukan kawalan kendiri," kata Sandiaga seperti dilaporkan media tempatan.