Sanchez bubar Parlimen Sepanyol selepas partinya tewas pilihan raya tempatan

Bernama
Mei 29, 2023 00:29 MYT
PP memenangi piihan raya majlis perbandaran pada Ahad. PP memperoleh 7.43 juta undi. - Gambar fail/AP/Geert Vanden Wijngaert
MADRID: Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez pada Isnin mengumumkan pembubaran parlimen bagi membuka laluan pilihan raya awal pada 23 Julai depan selepas partinya, Parti Pakerja Sosialis Sepanyol (PSOE), tewas dalam pemilihan majlis tempatan, lapor Sputnik.
Pembangkang Sepanyol, Parti Rakyat (PP) memenangi piihan raya majlis perbandaran pada Ahad. PP memperoleh 7.43 juta undi, 3.4 peratus mengatasi PSOE. Parti pimpinan perdana menteri tewas di 12 bandar utama yang didiami komuniti autonomi, kawasan yang sebelum ini dikuasai PSOE.
"Saya memaklumkan kepada ketua negara (Raja Felipe VI) mengenai keputusan memanggil sidang Majlis Menteri pada petang ini bagi membubarkan Cortes [parlimen] dan diikuti dengan langkah mengadakan pilihan raya umum," kata Sanchez dalam ucapan yang disiarkan rangkaian RTVE TV.
Pilihan raya awal itu dijadualkan pada 23 Julai.
-- BERNAMA
#Parlimen #Parti Rakyat #PSOE #pilihan raya umum
;