Sampel haiwan diuji positif, Tanzania dakwa kit ujian COVID-19 ada 'masalah teknikal'
Astro Awani
Mei 3, 2020 05:03 MYT
Mei 3, 2020 05:03 MYT
Kit ujian koronavirus yang digunakan di Tanzania dipercayai 'rosak' selepas sampel yang diambil daripada haiwan secara rawak didapati memberikan bacaan positif.
Presiden Tanzania John Magufuli dalam satu kenyataan mendakwa kit tersebut mempunyai 'masalah teknikal' setelah memberikan bacaan tidak tepat apabila digunakan terhadap haiwan seperti kambing, biri-biri dan pawpaw, lapor CNN.
Beberapa sampel daripada haiwan berkenaan telah diguna dan diberikan identiti manusia sebelum dihantar ke makmal bagi mengesan keberkesanan kit ujian berkenaan.
Menurut Magufuli, kit ujian COVID-19 itu diimport dari luar negara tanpa memberikan butiran lanjut.
Magufuli berkata beliau turut mengarahkan pihak keselamatan untuk menguji kualiti kit berkenaan.
Kerajaan Tanzania sebelum ini dikritik kerana terlalu berahsia tentang penularan wabak COVID-19 di negara itu.