Sampah sarap penuhi jalan raya, banjir landa bandar di Sepanyol
Astro Awani
November 14, 2024 09:30 MYT
November 14, 2024 09:30 MYT
MALAGA: Sebuah rakaman video mendedahkan sampah sarap terapung di sekitar jalan raya di Malaga, Sepanyol akibat banjir tular pada Rabu manakala Sungai Guadalmedina bertukar keruh.
Dalam pada itu, penduduk Sepanyol sekali lagi bersiap sedia menghadapi situasi cuaca tidak menentu dua minggu selepas hujan dan banjir kilat meragut lebih 200 nyawa dan merosakkan rumah dan harta benda.
Jabatan ramalan cuaca Sepanyol (AEMET) mengeluarkan amaran merah pada Rabu bagi wilayah Tarragona Timur dan Malaga Selatan serta meramalkan hujan lebat yang boleh menyebabkan air sungai melimpah dan banjir kilat.
Perkhidmatan kecemasan di Malaga telah memindahkan 3,000 orang dari penempatan berisiko tinggi banjir berhampiran Sungai Guadalhorce di barat bandar manakala penduduk diminta mencari kawasan lebih tinggi.
Semua perkhidmatan kereta api di wilayah Malaga dihentikan, termasuk kereta api laju menghubungkan Madrid dan Malaga, sementara stesen kereta api Malaga telah dipindahkan kerana banjir.
Sementara itu, proses pembelajaran di sekolah-sekolah di Malaga, Valencia dan beberapa daerah di Catalonia turut ditangguhkan.