Samia Suluhu Hassan, wanita pertama diangkat sebagai Presiden Tanzania

Agencies
Mac 19, 2021 00:52 MYT
Samia Suluhu Hassan, beragama Islam adalah wanita pertama yang diangkat sebagai Presiden Tanzania. -Gambar/ AP Newsroom
DAR ES SALAAM : Samia Suluhu Hassan, 61, melakar sejarah apabila diangkat menjadi presiden wanita pertama Tanzania.
Menurut laporan agensi, Samia mengangkat sumpah jawatan ketua negara itu di Dar Es Salam dan disaksikan Ketua Hakim Negara, Ibrahim Jumavowing.
Samia yang beragama Islam dilihat melafaz sumpah dengan memegang al-Quran.
Turut hadir menyaksikan acara bersejarah itu adalah anggota Kabinet dan bekas Presiden Tanzania, Ali Hassan Mwinyi, Jakaya Kikwete dan Abeid Karume.
Majlis angkat sumpah Samia diadakan dua hari setelah penyandang Presiden Tanzania, John Magufuli meninggal dunia.
BACA: Presiden Tanzania John Magufuli meninggal dunia
Dalam ucaptama Samia sebagai presiden negara di benua Afrika itu, beliau mengumumkan hari berkabung di seluruh negara untuk tempoh 21 hari, diikuti cuti umum pada 22 dan 25 Mac.
Tarikh itu adalah berdasarkan majlis pengebumian penyandang presiden negara itu.
#Presiden Tanzania baharu #Samia Suluhu Hassan #presiden wanita pertama #John Magufuli meninggal dunia
;