Sambutan Tahun Baharu Cina di Los Angeles dicemari insiden tembakan

Astro Awani
Januari 22, 2023 09:33 MYT
Pasukan polis dikerahkan ke lokasi kejadian ketika ini. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Sambutan Tahun Baharu Cina di Los Angeles, California, Amerika Syarikat dicemari insiden tembakan di Monterey Park pada malam Sabtu.
Menurut laporan agensi antarabangsa, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam waktu tempatan ketika ribuan penduduk berkumpul di bandar itu bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.
Sehingga kini, belum dapat dipastikan jumlah mangsa yang tercedera atau terkorban dalam insiden itu.
Pasukan polis dikerahkan ke lokasi kejadian ketika ini.
Monterey Park menjadi lokasi utama sambutan perayaan Tahun Baharu Cina sehingga pernah mencapai 100,000 pengunjung tahun lalu.
#Tahun Baharu Cina #insiden tembakan #Monterey Park #Los Angeles