Sambutan tahun baharu 2024 di Dubai dan apa yang perlu anda tahu

Azyyati Ahmad
Januari 1, 2024 11:00 MYT
Langit Dubai bercahaya dengan pertunjukan bunga api selama 40 minit dan pertunjukan oleh 5,000 dron, manakala Burj Khalifa bersinar dengan paparan paling terang, terbesar dan paling berwarna-warni. - Foto AP
DARIPADA pertunjukan bunga api yang menakjubkan hingga pertunjukan dron yang memukau menerangi langit malam, sambutan Malam Tahun Baharu di Dubai menjadi acara paling diingati di seluruh Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Ribuan pengunjung hadir bagi menyaksikan pertunjukan Burj Khalifa di Dubai.
Ribuan dron melayang ke langit untuk dua paparan pada jam 8 malam dan 10 malam di Jumeirah Beach Residence dan Bluewaters, ditambah pula dengan pertunjukkan lampu dipancarkan ke Ain Dubai, roda pemerhatian tertinggi di dunia.
Bagaimanapun sambutan Ambang Tahun Baru 2024 dan pertunjukan bunga api diharamkan di Sharjah, sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang berada di Gaza.
Ini beberapa perkara yang anda perlu tahu berkenaan sambutan tahun baharu 2024 di Emiriah Arab Bersatu:
1. Polis Dubai telah menetapkan pelan keselamatan Malam Tahun Baharu, dengan ribuan pegawai bertugas dan beberapa siri penutupan jalan dilakukan beberapa jam sebelum jam tengah malam.
2. Laluan utama di Pusat Bandar Dubai, termasuk Al Asayel Street, Sheikh Mohammed bin Rashid Boulevard dan Burj Khalifa Street ditutup mulai jam 4 petang Ahad ketika puluhan ribu orang bersiap sedia untuk berkumpul di kawasan itu untuk pertunjukan bunga api tahunan Burj Khalifa .
3. Sehari sebelum malam tahun baharu, Pejabat Media Dubai berkongsi tentang 10 bulan persiapan sambutan Tahun Baharu di Burj Khalifa. Video itu telah dikongsi di Twitter rasmi mereka. Dengan 15,682 piroteknik akan dilancarkan daripada 365 kedudukan pancaran strategik di lebih 2,800 lokasi unik dan 22,000 gelen air akan dipancut ke udara.

Less than 10 minutes until #MyDubaiNewYear's celebrations begin! pic.twitter.com/YU04V4xQgU

— Dubai Media Office (@DXBMediaOffice) December 31, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Highlights from @emaardubai's preparations for the New Year's celebrations in 2024.#MyDubaiNewYear pic.twitter.com/MZ2retZiEi

— Dubai Media Office (@DXBMediaOffice) December 30, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
4. Tiket untuk menonton acara berkenaan dijual secara atas talian dan disiarkan secara langsung di Saluran YouTube rasmi EMAAR Dubai.
5. Enam pertunjukan bunga api memecahkan rekod dunia
6. Langit Dubai bercahaya dengan pertunjukan bunga api selama 40 minit dan pertunjukan oleh 5,000 dron, manakala Burj Khalifa bersinar dengan paparan paling terang, terbesar dan berwarna-warni.
7. Ras Al Khaimah membentangkan pertunjukan piroteknik akuatik, dron LED dan bunga api yang menerangi sehingga 4.5km dari Al Marjan Island ke Al Hamra.
#Dubai #UAE #malam ambang tahun baharu #tahun baharu 2024
;