Sambutan hari jadi bertukar tragedi

Sinar Harian
Oktober 15, 2018 01:21 MYT
Empat orang maut, seorang cedera dalam insiden tembakan di bandar Taft, berhampiran Corpus Christi, Texas. - Foto Caller-Times / Sinar Harian
Seorang lelaki ditahan manakala seorang lagi diburu polis susulan insiden tembakan ketika sebuah majlis hari jadi di Texas yang menyebabkan empat orang maut dan seorang cedera.
Dalam kejadian petang Sabtu lalu, seorang lelaki melepaskan tembakan ketika sambutan hari jadi seorang kanak-kanak di sebuah rumah di bandar kecil, Taft yang terletak berhampiran Corpus Christi.
Menurut Pegawai Jabatan Keselamatan Awam Texas, Sarjan Nathan Brandley, perselisihan faham antara dua keluarga dipercayai menjadi punca insiden tembak menembak berkenaan, namun siasatan terperinci sedang dijalankan.
Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Juan Espinoza Sr, 62, dan tiga cucu lelakinya, Juan Sandoval III, 20, Jeremy Sandoval, 22 serta Nicky Sandoval, 25.
Sementara itu, Juan Espinoza Jr, 43 (anak kepada Juan Espinoza Sr) dan ayah kepada tiga pemuda yang maut terbabit, mengalami kecederaan dan terpaksa dibawa ke hospital di Corpus Christi dengan menaiki sebuah helikopter.
Susulan kejadian, pihak polis menahan seorang pemuda, Ronnie Rodriguez Jr, 20, dan memburu seorang lelaki, Ronnie Rodriguez Sr, 37, yang dipercayai melepaskan terbabit. - Agensi
#anak #Corpus Christi #hari jadi #keluarga #Perselisihan Faham #polis #siasatan #Taft #tembakan #Texas