Salji tebal merisaukan pihak Zoo Belgrade

Astro Awani
Disember 12, 2012 11:06 MYT
KESEJUKKAN: Beberapa singa betina menahan kesejukan akibat salji tebal yang melanda Serbia.
Salji tebal di Serbia memaksa pihak pengurusan Zoo Belgrade mengambil langkah penjagaan yang lebih ke atas haiwan peliharaan.
Ini termasuk menyediakan kemudahan alat pemanas supaya kesihatan haiwan itu tidak terjejas.
Kebanyakan haiwan yang terjejas akibat salji tebal ialah haiwan tropika termasuk singa.
Ekoran itu pihak pengurusan zoo terpaksa menyediakan lebih banyak makanan dan minuman supaya haiwan-haiwan itu tidak terlalu kesejukan.
Bagaimanapun, beberapa spesis haiwan seperti Harimau Putih dilihat menjadikan kehadiran salji tebal itu sebagai sesuatu yang amat dinantikan.
#salji tebal #Serbia #Zoo Belgrade
;