Salah guna kuasa: Bekas duta Vietnam ke Malaysia ditahan
Bernama
Januari 6, 2023 15:46 MYT
Januari 6, 2023 15:46 MYT
HANOI: Polis menahan dan memulakan prosiding jenayah terhadap bekas Duta Vietnam ke Malaysia Tran Viet Thai atas pertuduhan "menyalahgunakan kedudukan dan kuasa", lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Bekas pegawai Kedutaan Vietnam di Malaysia Nguyen Hoang Linh turut didakwa atas pertuduhan yang sama dan dilarang meninggalkan kediamannya, kata Ketua Pejabat dan Jurucakap Kementerian Keselamatan Awam (MPS) Leftenan Jeneral To An Xo pada Khamis.
Penahanan itu merupakan langkah terbaharu berhubung siasatan kes menerima dan memberi rasuah, menyalahgunakan kedudukan dan kuasa semasa menjalankan tugas, menipu dan mengagihkan aset di Kementerian Luar Negeri dan beberapa tempat lain, menurut VNA.
Sebelum ini, ramai penyandang dan bekas pegawai tutut ditahan untuk siasatan.
-- BERNAMA