Saintis seru rakyat UK pakai pelitup muka ekoran varian baharu "Eris"
Bernama
Ogos 17, 2023 14:50 MYT
Ogos 17, 2023 14:50 MYT
LONDON: Saintis menggesa orang ramai di United Kingdom kembali memakai pelitup muka di tengah-tengah kebimbangan "mutasi" subvarian Omicron, "Eris" yang kini menyumbang satu daripada 10 kes di negara itu.
Bilangan pesakit yang didiagnosis dengan virus itu melonjak daripada 3.3 setiap 100,000 kepada 7.2 dalam tempoh kurang sebulan, lapor Agensi Anadolu memetik Mirror pada Rabu.
Subvarian baharu yang dirujuk sebagai "BA.6" itu juga menimbulkan kebimbangan, walaupun ia hanya ditemui di Denmark dan Israel buat masa ini.
Prof. Christina Pagel dari University College London berkata subvarian itu berpotensi mencetuskan "gelombang besar", katanya.
Varian ini memiliki "banyak mutasi baharu yang menjadikannya (sangat) berbeza dengan strain Omicron sebelumnya," katanya di platform X.
Selain itu, dalam ruangan pendapat yang diterbitkan dalam British Medical Journal minggu ini, Pagel berkata "adalah agak meyakinkan bahawa kita telah memasuki gelombang COVID-19 yang lain".
-- BERNAMA