Saham Trump Media menjunam 14.4 peratus selepas debat dengan Harris
Bernama
September 11, 2024 22:50 MYT
September 11, 2024 22:50 MYT
SAHAM media, yang didagangkan di Bursa Saham New York di bawah simbol DJT yang mengambil nama Donald J. Trump, jatuh mendadak selepas calon presiden Republikan itu berdebat dengan pesaing Demokrat Kamala Harris di ABC News pada malam Selasa. Ia ditutup 3.27 peratus lebih tinggi pada Selasa.
Pada 10 September, Donald Trump dan Kamala Harris berdebat buat kali pertama menjelang pilihan raya presiden 2024.
Tinjauan CNN terhadap pemerhati debat mendapati 63 peratus pengundi berdaftar berpendapat Harris mengatasi Trump. Pilihan raya presiden Amerika Syarikat akan diadakan pada 5 Nov.
-- BERNAMA