Saham di Bursa New York ditutup tinggi

Astro Awani
April 17, 2020 23:38 MYT
Indeks Dow Jones naik 2.99 peratus dan S&P 500 naik 2.68 peratus. -Gambar hiasan
Saham di Bursa New York ditutup tinggi dalam dagangan terakhir minggu ini dengan keyakinan pelabur terhadap perkembangan usaha melawan COVID-19.
Pada penutup, indeks Dow Jones naik 2.99 peratus dan S&P 500 naik 2.68 peratus.
Ketika ini, pelabur fokus kepada proses untuk menyambung semula aktiviti ekonomi yang terkesan sebelum ini akibat larangan keluar rumah.
Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan negara berkenaan bersedia untuk fasa seterusnya dalam pengurusan penularan COVID-19.
Ini termasuk pembukaan ekonomi secara berperingkat di kawasan yang tidak mempunyai jangkitan tinggi COVID-19.
#AS #COVID-19 #Donald Trump #ekonomi #koronavirus #New York #saham