Sah! Jemaah Islamiyah Indonesia bubar
Agensi
Julai 4, 2024 19:19 MYT
Julai 4, 2024 19:19 MYT
AHLI tertinggi Jemaah Islamiyah (JI) yang terlibat dalam tragedi pengeboman Bali pada 2022, mengumumkan pembubaran kumpulan itu pada Khamis.
Ia adalah berdasarkan rakaman kenyataan yang dikeluarkan oleh 16 ahli kumpulan berkenaan berhubung keputusan untuk menamatkan segala ajaran berkaitan jaringan ekstremis.
Rakaman video itu turut disahkan keasliannya oleh institusi polisi bagi analisis konflik (IPAC) yang memantau rapat sebarang perkembangan berkenaan konflik keganasan Republik berkenaan.
Penganalisis IPAC dalam pemerhatian awal beliau, Sidney Jones, masih terlalu awal untuk mengandaikan apa yang telah terjadi, namun kumpulan berkenaan mempunyai kredibiliti dan kepercayaan yang memadai bagi memastikan organisasi berkenaan sependapat.
Namun, beliau turut berpendapat, pembubaran berkenaan itu turut didorong oleh beberapa faktor termasuk pengaruh cendekiawan dalam organisasi itu yang tidak langsung berminat dalam jihad keganasan dan aspek untuk melindungi aset terbesarnya iaitu - akademi pendidikan tajaan JI.
Menerusi apa yang dinyatakan dalam video yang tular di media sosial itu, pemimpin tertinggi JI menegaskan komitment mereka untuk menuruti undang-undang serta taat setia terhadap Indonesia.
Mereka menambah semua bahan ajaran berkaitan JI adalah didorong dengan ajaran Islam orthodoks.
Dalam tragedi pada 2002, dua buah kelab malam di Bali menjadi sasaran pengeboman JI. Trsiden tragis ini telah mengorbankan 202 nyawa, termasuk pelancong asing.