Sadiq Khan dipilih Datuk Bandar London untuk penggal ketiga
Astro Awani
Mei 5, 2024 08:00 MYT
Mei 5, 2024 08:00 MYT
LONDON: Pemimpin Parti Buruh, Sadiq Khan menang pemilihan Datuk Bandar London untuk penggal ketiga.
Khan yang pertama kali dipilih pada 2016, menewaskan calon dari Parti Konservatif Susan Hall dengan kelebihan 276,000 undi.
Khan menang 9 daripada 14 kawasan termasuk dua kawasan yang sebelum ini dikuasai Tori.
Kemenangan Khan membantu mengukuhkan imej Parti Buruh, menjelang Pilihan Raya Umum tahun depan.
Bagi parti Buruh, London merupakan kawasan terbaharu yang dikuasai dalam pilihan raya tempatan.
Dalam ucapan kemenangannya, Khan mendesak Perdana Menteri membubarkan Parlimen untuk membuka ruang Pilihan Raya Umum diadakan.
Tinjauan pendapat mendapati Parti Buruh akan memenangi pilihan raya seterusnya.
Ia bakal menamatkan penguasaan Konservatif selama 14 tahun.
Khan, yang merupakan Datuk Bandar beragama Islam pertama London, berikrar untuk membina lebih banyak perumahan sosial dan bekerja dengan bakal pemimpin Buruh untuk meningkatkan kapasiti pasukan polis.