Saat tunggu ajal, kanak-kanak penghidap kanser disarungkan gaun puteri

Agensi
Januari 18, 2018 11:22 MYT
Keluarga Braylynn yang tersentuh dengan layanan jururawat tersebut mengambil gambar Braylynn dalam kostum itu lalu memuat naik gambar di media sosial Facebook. Foto: Facebook/@Ally Parker
WALAUPUN sibuk dengan tugas seharian, seorang jururawat di Florida, Amerika Syarikat, sanggup mengambil masa untuk memakaikan gaun puteri kepada pesakit kanak-kanaknya yang sedang menghitung hari kematian.
Braylynn Lawhon yang terlantar di katil hospital menghidap kanser otak, Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG), salah satu kanser otak yang tiada penawar dan menyebabkan badannya dipenuhi tiub alat bantuan.
Memetik laporan portal Daily Mail, jururawat itu telah memakaikan gaun puteri Belle dari filem Beauty and the Beast itu dengan penuh cermat kerana kondisinya yang sedang lemah.
Keluarga Braylynn yang tersentuh dengan layanan jururawat tersebut mengambil gambar Braylynn dalam kostum itu lalu memuat naik gambar di media sosial Facebook.
Braylynn telah dimasukkan ke dalam wad sejak 6 Januari lalu, sebulan selepas disahkan menghidap penyakit tersebut.
Beliau kini menggunakan alat bantuan pernafasan dan menunggu ajal menjemputnya kerana penyakit yang dihadapi itu adalah antara jenis kanser otak berbahaya.
#Amerika Syarikat #Belle #Braylynn Lawhon #kanser #meninggal dunia #otak #Puteri #tenat
;