Rwanda bebaskan aktivis Rusesabagina dari penjara

Bernama
Mac 25, 2023 13:11 MYT
Paul Rusesabagina ketika hadir di mahkamah di Kigali, Rwanda, 26 Feb 2021. - Gambar fail AP
WASHINGTON: Aktivis hak asasi manusia Paul Rusesabagina yang membantu pelarian semasa pembunuhan beramai-ramai di Rwanda, dibebaskan dari penjara hasil usaha pentadbiran Biden, menururt seorang pegawai kanan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) kepada pemberita.
"Kami gembira Paul Rusesabagina telah dibebaskan dari penjara di Rwanda.Kami menjangkakan beliau akan meninggalkan negara itu dalam tempoh beberapa hari lagi, akan berlepas ke Qatar dan kemudian ke Amerika Syarikat," kata pegawai kanan itu pada Jumaat.
Pembebasan Rusesabagina hasil usaha selama berbulan-bulan oleh pegawai AS dengan rakan sejawatannya dari Rwanda termasuk penglibatan Setiausaha Negara Antony Blinken dan Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih Jake Sullivan.
AS tidak membuat sebarang konsesi tertentu dalam perjanjian pembebasan aktivis berkenaan.
Rusesabagina yang bekerja sebagai pengurus Hotel des Mille Collines, melindungi ratusan pelarian semasa pembunuhan beramai-ramai Rwanda.
Peristiwa itu memberi inspirasi kepada "Hotel Rwanda" yang dicalonkan untuk anugerah Oscar.
Rusesabagina ditahan oleh pihak berkuasa Rwanda pada 2020 kerana didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan pemberontak di rantau itu dan dijatuhi hukuman penjara 25 tahun pada 2021.
AS mendakwa Rusesabagina tidak bersalah dan ditahan secara salah.
--BERNAMA-SPUTNIK
TAG: AS, Paul Rusesabagina, Rwanda, aktivid, bebas
#aktivis hak asasi manusia #Paul Rusesabagina #bebas dari penjara #rwanda
;