Rusuhan penjara Venezuela: Ahli keluarga tunggu status

Agensi
Mac 30, 2018 10:14 MYT
Ahli keluarga banduan berkumpul di luar penjara Valencia. - Foto Reuters
Ahli keluarga dan rakan taulan mangsa yang terbunuh dalam kejadian rusuhan di sebuah penjara di Venezuela untuk menunggu status keluarga mereka.
Kebanyakan mangsa terperangkap dalam kebakaran yang berlaku sejurus selepas rusuhan tersebut yang membunuh lebih 68 banduan pada Khamis.
Penjara tersebut sebelum ini telah mengeluarkan amaran peningkatan terhadap tekanan yang dialami oleh banduan berikutan keadaan penjara yang semakin teruk.
Menurut laporan, ramai tahanan menghadapi krisis kelaparan yang teruk berikutan keadaan ekonomi negara itu yang semakin meruncing selain keadaan penjara sempit untuk menampung banduan yang semakin ramai.
#ekonomi #kebakaran #keluarga #mangsa #maut #penjara
;