Rusuhan Little India: Polis tangkap beberapa orang lagi

Bernama
Disember 10, 2013 07:57 MYT
Pemangku Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata polis telah menangkap beberapa orang lagi yang terbabit dalam rusuhan malam hari Ahad lepas di Little India.
Katanya, siasatan akan diteruskan supaya mereka yang telah melanggar undang-undang dikendalikan dengan tegas dan adil sejajar undang-undang.
"Bagi menentukan keadaan terus tenteram, kami telah mengharamkan alkohol. Polis telah menambah kehadiran mereka di kawasan kediaman pekerja asing dan di tempat mereka sering berkumpul agar kehidupan dapat berjalan seperti biasa yang mungkin dan setiap orang merasa selamat," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pada petang hari Selasa.
Teo, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional dan Menteri Dalam Negeri, berkata Jawatankuasa Penyiasat (COI) akan dibentuk menjelang hujung minggu ini.
"Kami akan sediakan nama dan terma rujukan dan ini akan membolehkan perhatian lebih mendalam terhadap insiden ini dan juga untuk menyemak prosedur semasa bagi pekerja asing berhimpun dan melihat sama ada perlu dilakukan penambahbaikan," katanya.
#Little India #rusuhan #Singapura #tangkap
;