Rusuhan: Datuk Bandar Baltimore umum perintah berkurung

Agensi
April 28, 2015 12:33 MYT
Pasukan pengawal negara pula akan dikerah untuk mengawal keadaan di bandar raya Amerika syarikat yang terjejas teruk akibat rusuhan. - Foto AP
Datuk Bandar Baltimore mengumumkan perintah berkurung selama seminggu di bandar itu ekoran suasana tegang selepas pengebumian tahanan, Freddie Gray .
Pasukan pengawal negara pula akan dikerah untuk mengawal keadaan di bandar raya Amerika syarikat itu yang terjejas teruk akibat rusuhan.
Fray, warga kulit hitam mengalami sakit tulang belakang sewaktu berada dalam tahanan dan meninggal dunia seminggu setelah ditangkap.
#Amerika Syarikat #Baltimore #rusuhan kaum
;