Russian World: Putin lulus doktrin polisi luar baharu
Astro Awani
September 6, 2022 09:20 MYT
September 6, 2022 09:20 MYT
MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin meluluskan doktrin polisi luar yang baharu, berkonsep 'Russian World', tanggapan ideologi konservatif yang digunakan untuk mewajarkan pencerobohan ke atas negara asing.
Polisi itu, tegas Rusia, akan melindungi, mengawal dan meluaskan tradisi 'Russian World'.
Polisi 31 muka surat itu diterbitkan enam bulan selepas Rusia menyerang Ukraine.
Kremlin membayangkan polisi ini sebagai strategi mudah yang menyokong polisi politik Rusia.
Selama bertahun-tahun Putin membangkitkan nasib 25 juta etnik Rusia yang berada di luar negara, selepas kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991, apa yang disifatkan beliau sebagai bencana geo politik.
Sehingga kini Rusia masih menganggap bekas wilayahnya dari Baltik ke Asia Tengah, sebagai masih mempunyai pengaruhnya.
Doktrin polisi baharu ini menggariskan Rusia akan meningkatkan kerjasama dengan negara-negara Slavik, China, India, dan pada masa sama memperkukuh hubungan dengan Asia Barat, Amerika Latin dan Afrika.
Moscow juga akan menekankan kerjasama lebih dalam dengan dua wilayah georgia yang diiktiraf kemerdekaannya, Abkhazia dan Ossetia.
Selain itu, dua wilayah yang berpisah dari Ukraine, iaitu Donetsk dan Luhanks.