Rusia usir dua diplomat kanan dari Kedutaan AS

Bernama
September 14, 2023 23:35 MYT
Rusia mengusir dua diplomat kanan AS dari kedutaan Amerika Syarikat di Moscow pada Khamis. - Foto REUTERS
MOSCOW: Rusia mengusir dua diplomat kanan AS dari kedutaan Amerika Syarikat di Moscow pada Khamis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Setiausaha pertama dan kedua kedutaan telah diisytihar sebagai persona non grata dan mesti meninggalkan negara itu dalam tempoh tujuh hari, kementerian luar Rusia mengumumkan dalam laman sesawangnya.
Mereka telah dituduh melakukan campur tangan dalam hal ehwal dalaman Rusia, sambil mendakwa mereka telah merekrut seorang warganegara Rusia untuk memperoleh maklumat rahsia sehingga menjejaskan keselamatan Rusia.
Duta Besar AS Lynne Tracy telah dipanggil ke Kementerian Luar di Moscow untuk dimaklumkan mengenai keputusan itu.
Pada penghujung Ogos, perkhidmatan rahsia FSB Rusia menahan seorang bekas pekerja Rusia konsulat AS di Vladivostok.
Pihak berkuasa menuduh lelaki itu mengumpul maklumat mengenai perang Rusia di Ukraine, antara lain, dan menyampaikannya kepada kedutaan AS.
Suspek telah ditahan sejak itu.
--BERNAMA-dpa
TAG: Rusia, AS, kedutaan, diplomasi,
#Rusia #diplomat kanan AS #Kedutaan Amerika Syarikat #Moscow
;