Rusia umum bakal usir 20 diplomat dari Republik Czech
Astro Awani
April 19, 2021 09:46 MYT
April 19, 2021 09:46 MYT
RUSIA mengumumkan bakal mengusir 20 diplomat dari Republik Czech sebagai tindak balas kepada tindakan republik itu yang menghalau 18 diplomat Rusia pada Sabtu.
Moscow memberi masa 24 jam untuk diplomat Republik Czech itu keluar dari Rusia.
Kenyataan Kementerian Luar Rusia pada Sabtu menyebut, tindakan Republik Czech mengusir diplomat Rusia lebih awal adalah demi menggembirakan Amerika Syarikat (AS) yang mengenakan sekatan ke atas mereka.
Sebelum ini, pengusiran diplomat Rusia oleh Republik Czech dibuat kerana mereka dituduh terlibat secara tidak langsung dalam letupan di gudang senjata pada 2014.
Pada Isnin, Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) akan bermesyuarat bagi membincangkan dakwaan berkenaan.
Letupan itu berlaku di gudang senjata di dalam Hutan Vrbetice, Republik Czech, 16 Oktober 2014.
Awal minggu ini, AS mengusir 10 diplomat Rusia dan melaksanakan sekatan sebagai tindak balas terhadap Kremlin kerana melakukan pencerobohan siber yang dikenali sebagai pelanggaran Solarwinds tahun lalu.
Ia juga sebagai hukuman kepada Rusia kerana membuli Ukraine dan campur tangan dalam pilihan raya presiden Amerika pada 2020 yang dimenangi Donald Trump.
#European Union
#Donald Trump
#Moscow
#Amerika Syarikat
#pilihan raya
#Rusia
#Britain
#Ukraine
#Kesatuan Eropah
#usir
#diplomat
#AS
#2014
#EU
#sekatan
#letupan
#gudang senjata