Rusia uji peluru berpandu Hypersonik, Zircon

Astro Awani
Oktober 8, 2020 08:04 MYT
Peluru berpandu Zircon dilancarkan dari kapal Admiral Groshkov, di tengah Laut Putih, utara Rusia, 7 Okt, 2020. (Foto AP)
RUSIA mendakwa berjaya menjalankan ujian peluru berpandu hypersonik Zircon pada Selasa yang dilancarkan dari kapal Admiral Gorshkov yang terletak di Laut Putih di utara negara itu.
Kementerian Pertahanan Rusia turut mengeluarkan video ujian berkenaan, yang dianggap satu lagi tambahan kepada aset tentera Rusia.
Ketua Turus Angkatan Tentera Valery Gerasimov berkata pelancaran ujian itu berjaya mengenai sasaran di tengah Laut Barents.
Penghasilan peluru berpandu untuk tentera laut Rusia ini diumumkan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 2019.
"Melengkapkan Angkatan Tentera kita - darat dan laut - dengan sistem senjata terkini dan luar biasa ini, akan memastikan kemampuan pertahanan negara kita dalam jangka masa panjang," kata Putin yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-68 pada Rabu.
Sebelum ini, beliau mendakwa Zircon mampu terbang dengan sangat pantas, sembilan kali kelajuan bunyi, dan boleh menjangkau jarak sehingga 1,000 kilometer.
#peluru berpandu #Rusia #Kementerian Pertahanan #tentera #sistem senjata terkini #pertahanan #ujian #hypersonik #Zircon #Vladimir Putin #Valery Gerasimov
;