Rusia tuduh Presiden AS serang Iraq, Syria demi lonjak imej kempen pilihan raya

Astro Awani
Februari 6, 2024 10:00 MYT
Nebenzia berkata Rusia juga mendakwa ia bukanlah serangan balas atas ke atas tiga anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang terbunuh di Jordan pada bulan lalu. - Foto REUTERS
NEW YORK: Rusia menuduh Presiden Joe Biden melakukan serangan di Iraq dan Syria untuk melonjakkan imejnya semasa kempen pilihan raya presiden sedang memuncak.
Rusia juga mendakwa ia bukanlah serangan balas atas ke atas tiga anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang terbunuh di Jordan pada bulan lalu.
AS memulakan serangan udara pada hari Jumaat ke atas puluhan sasaran yang berkaitan dengan Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC).
Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Rusia, Vassily Nebenzia memaklumkan semasa mesyuarat Majlis Keselamatan mengenai serangan yang diminta oleh Moscow memaklumkan tidak ada justifikasi untuk tindakan AS tersebut.
Menurut beliau, pihaknya melihat satu percubaan untuk mempengaruhi landskap politik domestik di AS, keinginan untuk memperbaiki imej buruk pentadbiran Amerika semasa di arena antarabangsa ketika kempen pilihan raya presiden semakin hangat.
Rakyat AS dijadualkan akan turut ke pusat mengundi pada November untuk memilih Presiden bagi tempoh empat tahun akan datang.
Namun demikian, White House tidak segera memberi sebarang jawapan balas terhadap kenyataan Nebenzia tentang Biden.
#Joe Biden #Amerika Syarikat #Iran #Syria
;