Rusia tiada rancangan ambil alih atau menduduki keseluruhan wilayah Ukraine - Putin
Agensi
Februari 24, 2022 13:46 MYT
Februari 24, 2022 13:46 MYT
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin menegaskan bahawa Rusia "tidak mempunyai rancangan untuk menawan wilayah Ukraine" selepas mengumumkan sebuah operasi khas telah dilancarkan untuk mempertahankan Donetsk dan Lugansk dari tekanan Ukraine.
Agensi berita RT melaporkan, matlamat utama operasi ketenteraan itu adalah untuk "melindungi rakyat yang sudah lapan tahun berdepan ancaman pembantaian rejim Kiev," ujar Putin dalam satu ucapannya pada Khamis pagi.
Beliau menambah, Moscow akan meneruskan usaha untuk membebaskan Ukraine dari tentera dan Nazisme, dan mengheret mereka yang melakukan kekejaman ke atas orang awam ke muka pengadilan.
Presiden Rusia itu bagaimanapun mengakui, Moscow tidak mempunyai sebarang rancangan jangka panjang untuk mengambil alih keseluruhan wilayah Ukraine.
“Kami tiada rancangan untuk menduduki wilayah-wilayah Ukraine. Kami tidak akan mengenakan paksaan secara apapun pada sesiapa," ujarnya.
Ukraine selama ini menuduh Rusia menduduki Crimea secara tidak sah, yang kini diserap semula oleh Rusia berdadsarkan referandum pada Mac 2014, susulan satu rampasan kuasa yang disokong Amerika Syarikat hingga kerajaan yang dipilih di Kiev digulingkan.
Kiev turut berkali-kali mendakwa Rusia menempatkan tenteranya di Donbass, walaupun Moscow secara konsisten menafikannya.