Rusia siap bangunkan peluru berpandu hipersonik dengan 27 kali kelajuan bunyi

Agensi
Disember 28, 2019 08:36 MYT
Sergei berkata perkembangan terbaharu itu disifatkan presidennya Vladimir Putin sebagai meletakkan negara terbabit dalam liga tersendiri. -REUTERS
RUSIA memulakan perkhidmatan rejimen pertama peluru berpandu nuklear hipersonik dengan kecanggihan 27 kali kelajuan bunyi.
Kementerian Pertahanan Rusia berkata perkembangan terbaharu itu disifatkan presidennya Vladimir Putin sebagai meletakkan negara terbabit dalam liga tersendiri.
Menterinya, Sergei Shoigu berkata beliau sudah memaklumkan perkembangan itu kepada Putin.
Bagaimanapun, lokasi peluru berpandu terbabit tidak dinyatakan.
Sistem baharu itu yang dinamakan 'Avangard' mempunyai kenderaan luncur hipersonik direka di atas sebuah peluru berpandu rentas benua.
Sebelum ini, Putin menyifatkan Avangard sebagai salah satu senjata yang melampaui zamannya.
Beliau turut mendakwa senjata nuklear generasi baharu Rusia itu mampu mencapai mana-mana sasaran dunia dan mengelak perisai peluru berpandu Amerika Syarikat.
BACA: Jerman, Rusia berang AS sekat projek paip
#Amerika Syarikat #Avangard #hipersonik #nuklear #peluru berpandu #Rusia #Sergei Shoigu #Vladimir Putin
;