Rusia semakin mara ke Kiev, bedil tadika, apartmen

Sinar Harian
Mac 11, 2022 23:37 MYT
Penduduk melalui sebuah kawasan jambatan yang dibom tentera Rusia di Kiev. - Gambar/ AP
PASUKAN tentera Rusia semakin menghampiri Kiev, pada Jumaat ketika pegawai Ukraine memaklumkan ibu kota kini dijadikan 'kubu'.
Difahamkan, ratusan ribu orang awam masih bersembunyi di bandar sekitar Ukraine termasuk Mariupol yang terkepung, selepas rundingan pertama antara diplomat utama Moscow dengan Kiev menemui kegagalan
Pada awal pagi Jumaat, pesawat perang Rusia melancarkan serangan pertama terhadap bandar Dnipto, yang mengorbankan seorang penduduk.
Tiga lagi serangan udara mengena tadika, apartmen dan sebuah kilang kasut.
Tentera Ukraine dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa 'musuh sedang cuba memusnahkan pertahanan pasukan tentera Ukraine' di sekitar wilayah ke arah barat dan barat laut ibu kota ini 'untuk menyekat Kiev'.
"Kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa musuh bergerak ke timur menuju Brovary," menurut kenyataan itu. - AFP
Artikel asal disiarkan Sinar Harian.
#krisis Rusia-Ukraine #Kiev #serangan Rusia #kubu
;