Rusia selar tindakan Australia usir dua diplomatnya
Agensi
Mac 27, 2018 18:06 MYT
Mac 27, 2018 18:06 MYT
Kedutaan Rusia di Canberra membantah tindakan Australia yang mengikut langkah United Kingdom (UK) dengan mengusir dua diplomatnya hari ini.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, kedutaan itu berkata keputusan terbabit menjejaskan hubungan dua hala dengan negara Australia dan tindakan itu amat dikesali.
"Sangat mengejutkan betapa mudahnya sekutu UK mengikuti tindakan sedemikian secara membuta tuli dan hal ini amat bertentangan dengan akal yang waras dan norma yang sering dilakukan antara hubungan dua hala negara," jelas kedutaan berkenaan.
Kerajaan Australia mengarahkan kedua-dua diplomat yang dipercayai pegawai perisikan untuk keluar dari negara dalam tempoh tujuh hari sebagai tindak balas terhadap serangan agen saraf ke atas bekas pegawai perisikan tentera Rusia dan anak perempuannya di UK, awal bulan ini.
Sebelum ini, negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat telah mengusir lebih daripada 130 pegawai diplomat Rusia sejak beberapa hari lepas.
Hampir semua daripada mereka mengatakan bahawa para pegawai diplomat terbabit sebenarnya adalah pegawai perisikan.
Tindakan menghalau pegawai diplomat Rusia dilakukan susulan kejadian serangan agen saraf yang berlaku di Salisbury, Englad pada awal Mac.