Rusia sekat Ukraine di Laut Hitam, dijangka cetus krisis makanan

Astro Awani
Mei 2, 2022 20:58 MYT
Volodymyr Zelenskiy menegaskan, sekatan itu bakal mencetuskan krisis makanan yang akan menjejaskan Eropah, Asia dan Afrika. - Gambar/ AP
UKRAINE boleh kehilangan puluhan juta tan bijirin akibat sekatan Rusia ke atas pelabuhan di Laut Hitam.
Presidennya, Volodymyr Zelenskyy menegaskan, sekatan itu bakal mencetuskan krisis makanan yang akan menjejaskan Eropah, Asia dan Afrika.
"Rusia tidak membenarkan kapal masuk atau keluar, mereka mengawal Laut Hitam.
"Rusia mahu menyekat sepenuhnya ekonomi negara kita," kata Zelenskiy kepada program berita Australia 60 Minutes.
Ukraine adalah pengeksport utama bijirin selain produk makanan lain dan juga logam.
Minggu lalu, harga gandum, jagung dan bijirin lain di pasaran global mengalami peningkatan susulan krisis Rusia-Ukraine.
Sekatan di Laut Hitam itu dijangka akan memburukkan lagi keadaan pasaran global.
#krisis Rusia Ukraine #Volodymyr Zelenskiy #sekatan #Laut Hitam
;