Rusia sedia melangsungkan perang panjang di Ukraine

Astro Awani
Disember 17, 2022 10:40 MYT
Asap tebal dilihat susulan serangan Rusia ke atas sebuah pusat automotif di Donetsk, Ukraine. - Foto REUTERS
RUSIA kini bersedia untuk lancar perang untuk jangka masa panjang di Ukraine.
Jelas Timbalan Setiausaha Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg, negara anggota NATO perlu terus menyokong Kiev dengan menghantar bantuan senjata.
Katanya, ini penting sebagai langkah menyedarkan Presiden Vladimir Putin bahawa peluangnya untuk memenangi peperangan adalah tipis.
Memasuki 10 bulan selepas pencerobohan Moscow, tentera Kiev berjaya mematahkan serangan Kremlin menyaksikan sebahjagian besar wilayah berjaya dibebaskan.
Namun Stoltenberg beri amaran, negara anggota NATO tidak boleh memandang rendah keupayaan Rusia.
Ini kerana Rusia terus menggerakkan lebih banyak anggota tentera dan membuat serangan baharu.
Sekutu NATO, diketuai oleh Amerika Syarikat, menghantar senjata bernilai berbilion dolar ke Ukraine.
Bantuan ini menyumbang kepada beberapa siri kejayaan Ukraine dalam meneruskan perjuangan.
#perang #Rusia #Ukraine #Jens Stoltenberg
;