Rusia sedia bekerjasama dengan mana-mana Presiden AS dipilih rakyat

Astro Awani
November 22, 2020 22:10 MYT
PUTIN: Rusia sedia bekerjasama dengan siapa sahaja pemimpin yang diisytiharkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS). -Gambar fail
MOSCOW: Rusia sedia bekerjasama dengan siapa sahaja pemimpin yang diisytiharkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).
Komitmen itu dinyatakan presidennya Vladimir Putin.
Kenyataan ini menyusul ketika Kremlin masih belum mengutus ucapan tahniah pasca pilihan raya Amerika Syarikat.
"Kami akan bekerjasama dengan siapa pun yang mendapat kepercayaan rakyat Amerika. Tetapi soalnya siapa?
"Ia mesti disahkan oleh parti yang disahkan menang, atau keputusan akhir pilihan raya rasmi diketahui," kata Putin.
Kenyataan Putin ini juga dibuat ketika Presiden Donald Trump masih belum mengaku kalah.
Beliau sebaliknya melancarkan beberapa tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan pilihan raya 3 November lalu.
Putin dalam pada itu menambah apa yang berlaku di AS ketika ini menunjukkan ada masalah dalam sistem pilihan raya di sana.
#Donald Trump #Vladimir Putin #Amerika Syarikat #presiden as #keputusan akhir pilihan raya #kremlin