Rusia sasar untuk jadi antara empat ekonomi terbesar dunia - Putin

Bernama
Mei 15, 2024 18:22 MYT
Matlamat itu ditekankan Putin dalam ucapannya di Perhimpunan Persekutuan Rusia pada Februari 2024. - AP
MOSCOW: Rusia berusaha untuk muncul sebagai sebuah daripada empat ekonomi terbesar dunia, kata Presiden Rusia Vladimir Putin pada Rabu.
"Hari ini, Rusia adalah sebuah daripada lima negara teratas dunia dalam kesetaraan kuasa membeli. Sekarang kami menyasarkan untuk menjadi sebuah daripada empat ekonomi terbesar di planet ini ," Sputnik memetik Putin dalam wawancaranya bersama Xinhua.
Putin berkata matlamat itu ditekankan dalam ucapannya di Perhimpunan Persekutuan Rusia pada Februari 2024. Kremlin menyedari skala cabaran itu dan sedia untuk menyediakan penyelesaiannya, kata Putin.
-- BERNAMA
#Vladimir Putin #Rusia #kuasa ekonomi #kuasa membeli
;