Rusia: NATO kembali ke 'Perang Dingin', Kremlin sedia untuk tindak balas

Agensi
Julai 13, 2023 08:45 MYT
Presiden AS, Joe Bide; Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy; Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak dan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni berbincang pada Sidang Kemuncak NATO di Lithuania pada Rabu. Gambar REUTERS
SIDANG Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terbaharu menunjukkan pakatan Barat kembali kepada 'skim Perang Dingin'.
Perkara itu dinyatakan Kementerian Luar Rusia sambil menegaskan bahawa Kremlin bersedia untuk bertindakan balas terhadap ancaman dengan menggunakan 'segala cara'.
Sidang kemuncak NATO di Lithuania berakhir dengan Amerika Syarikat dan sekutunya memberikan jaminan keselamatan baharu kepada Ukraine.
Sidang kemuncak itu juga disokong oleh prospek Sweden menyertai pakatan tentera sebagai anggota terbaharunya selepas Presiden Turki, Rcep Tayyip Erdogan secara tiba-tiba menggugurkan bantahannya sebelum ini.
Kementerian Rusia dalam pada itu berkata, keputusan Sidang Kemuncak NATO akan dianalisis dengan teliti.
Jelasnya, mengambil kira cabaran dan ancaman terhadap keselamatan dan kepentingan Rusia yang telah dikenal pasti, pihaknya akan bertindak balas dengan cara yang tepat pada masanya dan sesuai dengan menggunakan segala cara dan kaedah yang boleh gunakan."
Kata kementerian itu lagi, sidang kemuncak itu menunjukkan "ketidakupayaan NATO untuk menyesuaikan diri dengan situasi geopolitik baharu di dunia.
Ia berkata, NATO terus menurunkan ambang untuk penggunaan kekerasan, meningkatkan ketegangan politik dan ketenteraan.
Tegasnya, NATO mengeluarkan perjanjian baharu membekalkan senjata kepada Kyiv sekaligus memanjangkan konflik sehingga keletihan.
Rusia katanya akan terus memperkukuh organisasi ketenteraan dan sistem pertahanan negara. - Agensi
#Amerika Syarikat #NATO #Rusia #Ukraine
;