Rusia mula ujian klinikal vaksin anti-koronavirus
Astro Awani
Julai 28, 2020 06:20 MYT
Julai 28, 2020 06:20 MYT
Pihak berkuasa Rusia kini memulakan ujian percubaan ke atas vaksin anti koronavirus yang dikenali sebagai EPI-VAC-Corona.
Vaksin anti korona itu dibangunkan Institut Virologi Rusia.
Kumpulan sukarelawan pertama menerima suntikan vaksin berkenaan.
Ia akan melibatkan 100 individu berusia dari 16 ke 60 tahun.
Sehingga kini, Rusia menjalankan ujian percubaan ke atas dua vaksin.
Vaksin pertama dihasilkan Institut Kajian Gamaleya.
#COVID-19
#EPI-VAC-Corona
#Institut Kajian Gamaleya
#Institut Virologi Rusia
#Rusia
#suntikan
#vaksin anti koronavirus