Rusia mampu hadapi sekatan lebih baik daripada jangkaan Barat - PM

Bernama
September 6, 2024 14:38 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada sesi pleno sempena Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9 di Kampus Far Eastern Federal University (FEFU), baru-baru ini. - fotoBERNAMA
VLADIVOSTOK (Rusia): Rusia mampu menghadapi sekatan dengan lebih baik daripada jangkaan ramai pemerhati Barat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara bersama Agensi Berita Rusia RIA Novosti dan penyiar RT, lapor Sputnik.
"Pengalaman Rusia sedikit berbeza kerana anda lebih kuat, lebih besar dan anda mempunyai tekad yang gigih serta sejarah yang hebat.
"Entah bagaimana, mereka menguruskan keadaan dengan lebih baik daripada apa yang difikirkan oleh ramai pemerhati Barat. Itu benar.
"Kita lihat pada angka ekonomi, lihat pada pengeluaran pertanian, teknologi baharu, lihat pada sistem perbankan," kata Anwar di luar sidang Forum Ekonomi Timur (EEF).
Forum Ekonomi Timur bermula pada Selasa dan berlangsung sehingga hari ini (Jumaat).
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #Vladimir Putin #Forum Ekonomi Timur #Eastern Economic Forum
;