Rusia lelong pangsapuri mewah Zelensky di Crimea

Bernama
Oktober 31, 2023 14:47 MYT
Dengan keluasan 120 meter persegi, pangsapuri itu sebelum ini milik isteri Zelensky, Olena yang membelinya pada 2013. Pada masa itu, Zelensky masih bergelar seorang pelakon. - Gambar fail
MOSCOW: Rumah milik keluarga Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky di Crimea dilelong pihak berkuasa Rusia pada harga 44.3 juta rubel (US$480,000), lapor Agensi Berita Jerman dpa, memetik Agensi Berita Rusia TASS.
Dengan keluasan 120 meter persegi, pangsapuri itu sebelum ini milik isteri Zelensky, Olena yang membelinya pada 2013. Pada masa itu, Zelensky masih bergelar seorang pelakon.
Pangsapuri mewah itu mempunyai tiga bilik dengan pemandangan menghala ke Laut Hitam dan Istana Livadia iaitu kediaman musim panas Nicholas II, csar (gelaran bagi raja Rusia sebelum berlaku revolusi) terakhir Rusia.
Pangsapuri itu dirampas awal tahun ini berikutan undang-undang yang diluluskan sebulat suara oleh Parlimen Crimea.
-- BERNAMA
#Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky #pangsapuri mewah di Crimea #pangsapuri dirampas #Olena Zelensky
;